Lawatan ke MyCyberSecurity Clinic (myCSC), Fakulti Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Tarikh: 2022-09-26

JPKN telah mengadakan lawatan ke MyCyberSecurity Clinic (myCSC), Fakulti Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 26 September 2022, bertujuan untuk membincangkan pembinaan kerjasama JPKN dan UMS dalam bidang forensik digital. Rombongan JPKN diketuai oleh Timbalan Pengarah dan disertai oleh beberapa ahli pasukan Sabah Government Computer Security Incident Response Team (sgCSIRT). Ketibaan rombongan disambut oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi (Dekan Fakulti), Prof. Madya Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim (CIO UMS) dan Ts. Dr. Leau Yu Beng (Penyelaras MyCSC).